LIST

Panduan Bergambar untuk Laluan Ini

AREA2

Kompleks Tempat Lahir Zentsu-ji Tanjo-in (Kuil Barat)


Patung-Patung Lima Raja Unggul yang Bijaksana

godaimyoozo

Huraian

Ini ialah patung-ptaung Lima Raja Unggul yang Bijaksana Sehingga beberapa tahun yang lalu, Gomado telah menyimpan sejumlah 5 patung-patung termasuk Fudo, Trailokyavijaya, Kundali, Yamantaka, dan Vajrayaksa. Nampaknya "Myo-o" bertindak bagi pihak Vairocana (yang di tengah-tengah semua dewa) dan memberi penyelamatan kepada segenap manusia yang terperangkap dengan keinginan duniawi diri sendiri. Untuk menyelamatkan mereka, ada kalanya dia mesti buat mereka tunduk. Maka, rupanya yang dipuja memiliki wajah yang berang, dan dia memegang beberapa peralatan agama Buddha dan senjata dalam tangannya. Dengan menggunakan sipres Jepun, patung-patung ini telah dibuat dengan teknik "yosegi-zukuri" (pembinaan menggunakan dua atau lebih keping kayu). Walaupun mereka sekarang kelihatan lusuh, selain daripada cat berwarna yang digunakan atas mata mereka, bahagian rambut, janggut, lingkaran cahaya, dan tempat alas, dll., mereka mempunyai lapisan asas. Berdasarkan tulisan berdakwat yang boleh didapati di bawah patung Fudo Myo-o dan di tepi tempat alas untuk setiap patung, mereka telah dibina oleh Imaki Kyubei Norisada di atas arahan Ryudo Hoin dari Kuil Shinko-ji di Marugame berkaitan dengan pelaksanaan kali ke-10,000 persembahan "goma" yang telah dibaktikan kepada Avalokitesvara yang mempunyai seribu tangan. Pengukir patung-patung ini ialah Norisada, seorang pengukir bagi patung agama Buddha yang bercambah di Osaka semasa tempoh Edo, dan dia terkenal untuk hasil karyanya seperi patung Kobo Daishi di Taihei-ji di Osaka. Lagipun, perkara yang tidak diketahui ialah bagaimana patung-patung ini, yang dulu telah disimpan di Kuil Shinko-ji, telahpun dipindahkan ke Zentsu-ji.

Bahagian Khas

Struktur

Zaman

Alamat

Dewan Khazanah Zentsu-ji, 3-3-1 Zentsuji-cho, Bandar Zentsuji, Wilayah Kagawa