LIST

Panduan Bergambar untuk Laluan Ini

AREA2

Kompleks Tempat Lahir Zentsu-ji Tanjo-in (Kuil Barat)


Dewan Iroha

irohakaikan

Huraian

Ini ialah Dewan Iroha. Ini termasuk pejabat untuk Kuil Utama Sohonzan Zentsu-ji, tempat kediaman pendeta-pendeta dan tempat penginapan kuil. Tempat penginapan kuil boleh digunakan oleh orang dalam penziarahan Shikoku Henro ke 88 tempat suci serta orang awam. Para tetamu boleh bersantai di Kolam Air Panas Zentsu-ji Daishi-no-Satoyu, menikmati hidangan Shojin Ryori (masakan sayuran yang berasal daripada cara pemakanan sami-sami agama Buddha), dan melakukan aktiviti-aktiviti lain sambil berehat selepas membuat perjalanan yang jauh. Satu lagi aktiviti yang popular ialah upacara keagamaan pada waktu pagi yang merangkumi pembacaan kitab-kitab di depan sebuah patung Buddha. Ini merupakan suatu pengalaman kebudayaan yang suci.

Bahagian Khas

Struktur

Zaman

Alamat

3-3-1 Zentsuji-cho, Bandar Zentsuji, Wilayah Kagawa