LIST

Panduan Bergambar untuk Laluan Ini

AREA7

Di Sekitar Bandar Zentsuji


Sanukinomiya (Tokong Kagawa Gokoku)

sanukinomiya kagawakengokokujinja

Huraian

Ini ialah Sanukinomiya. Roh-roh orang yang telah mati dalam peperangan dari wilayah Kagawa, yang telah mengorbankan nyawa mereka untuk negara sejak Pemulihan Meiji, telah disemadikan di tokong ini. Ianya telah bermula semasa Jeneral Nogi Maresuke dari Pasukan Askar ke-11 mengadakan upacara peringatan untuk orang yang telah mati dalam peperangan pada kali pertama di dataran Zentsuji pada tahun 1899. Tokong ini telah disiapkan pada tahun 1941 oleh penduduk-penduduk wilayah ini yang berkerja secara sukarela. Pokok-pokok juga telah diderma dari seluruh negara. Bangunan utama yang diselubungi tumbuh-tumbuhan hijau mempunyai penampilan yang tenang dan anggun. Adat pemberian sukarela dijalankan sepanjang tahun, dan Pesta Tanglung dberlaku pada bulan Ogos untuk memperingati orang yang telah mati dalam peperangan dan untuk meminta kedamaian kekal.

Bahagian Khas

Struktur

Zaman

Alamat

4-5-5 Bunkyo-cho, Bandar Zentsuji, Wilayah Kagawa